Syeikh Nawawi Marfu’ Al-Banjari

Nama Lengkap Beliau adalah Al-Alim Al-Musnid Al-Muammar Syeikh Ahmad Nawawi bin Marfu` bin Abdul Muththalib Al-Martafuri Al-Banjari Al-Syafi`i.

Tempat dan tarikh lahir

Syeikh Nawawi Marfu` dilahirkan di Kalimatan Selatan pada tahun 1927 Masehi, tumbuh dan membesar sebagai anak yang cerdik dan pintar, berbeda dengan anak-anak yang lainnya, ayah beliau sangat perhatian sekali dalam membesarkan dan mendidiknya.

 

Pendidikkan dan pengajian beliau

Masa kecil beliau dihabiskan dengan perhatian yang besar, kemudian beliau menduduki bangku sekolah, kemudian akhirnya dengan umur yang cukup muda pada tahun 1937 beliau berangkat ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji dan berniat untuk mengaji di Makkah, pada awalnya beliau belajar mengaji kepada ustaz Hasan `Arab, kemudian mengajian Al-Qur`an kepada Syeikh Muhammad Murad dan Syeikh Ali bin Abdullah Al-Banjar.

Tidak hanya belajar mengaji kepada para guru-guru Al-Quran di Makkah, beliau juga memasuki Sekolah Dasar , kemudian pada tahun 1937 juga beliau melanjutkan pengajiannya di Sekolah AL-Fakhriyah Al-Othmaniyah, disekolah ini beliau belajar dan menghafalkan Al-Qur`an dengan sangat tekun sehingga akhirnya beliau hafal Al-Qur`an dari awal sampai akhir, beliau berada di Sekolah ini sampai tahun 1950.

Beliau juga melanjutkan studinya di Madrasah Dar Ulum di tingkat Tsanawiyah sehingga akhirnya beliau menamati pelajarannya di Dar Ulum pada tahun 1947 masehi.

Disamping itu beliau mengikuti pengajian dengan para ulama-ulama besar, seperti beliau mengikuti pengajian Hadis bersama Syeikh Umar Hamdan Al-Mahrasi, pengajian bersama Syeikh Sayyid Alawy Al-Maliki dalam pelajaran Al-Fikih, pengajian bersama Syeikh Muhammad Amin Al-Kutubi dalam pelajaran fikih, pengajian fikih dan nahwu kepada Syeikh Abdul Qadir Al-Mandili, pengajian Qawa`id Arabiyah dan Al-Qur`an kepada Syeikh Ali bin Abdullah Al-Banjari. dan beliau juga mengikuti pengajian Syeikh Hasan Masyath, Syeikh Sya`rani Arif, Syeikh Sya`rani Abdan, Syeikh Muhammad Yasin Al-Fadani.

Pada tahun 1955 beliau kembali ke tanah air, dan langsung mengajar dan berdakwah, kemudian pada tahun 1958 beliau bersama-sama teman-temannya mendirikan pondok pesantren Hidayatullah.

Guru-guru yang telah mengijazahkan beliau:1-Syeikh Umar Hamdan Al-Mahrasi (Gurunya Syeikh Fadani).2- Syeikh Ali bin Abdullah Al-Banjari (Gurunya Syeikh Fadani ).3-Syeikh Alawy bin Abbas Al-Maliki (Gurunya Syeikh Fadani ).4-Syeikh Hasan al-Masyath Al-Maliki (Gurunya Syeikh Fadani ).5-Syeikh Sya`rani Arif Al-Banjari.6-Syeikh Sya`rani Abdan Al-Banjari.7-Syeikh Muhammad Amin Al-Kutubi (Gurunya Syeikh Fadani).8-Syeikh Muhammad Yasin Al-Fadani.

Syeikh Nawawi Marfu` meninggal dunia pada tanggal 25 safar 1435 hijriyah bertepatan tanggal 28 Desember 2013. Ada yang berpendapat bahwa Negeri Nusantara merasa sedih sebab wafatnya seorang ulama besar yang dengan kewafatannya sanad di Nusantara turun satu derajat, karena sanad beliau sangat tinggi sekali, tidak ada di Nusantara yang meriwayatkan apa yang beliau riwayatkan, rata-rata di Indonesia, Malaysia, Fathoni, meriwayatkan dari Syeikh Alawy bin Abbas Al-Maliki, Syeikh Hasan Masyaath, Syeikh Abdul Qadir Al-Mandili, Syeikh Yasin Al-Fadani, Syeikh Ismail Zein Al-Yamani, Syeikh Muhammad Alawy Al-Maliki.

Lahu Al-Faatihah

Sumber : Muhammad Husni Ginting

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s